: utk aku n tuk korg :




gempak jer bunyi nye!niha aku nak bg tips...sesuai la tuk aku yg skang dlm proses dan tuk korg yg tgh 'godek' blog aku...kui kui kui...aku teringin nak sarungkan kebaya nie kat badan...bace ni tau nela tau kan kot 'menjadi' keee...:)






Tips mengurangkan berat badan :'


1. Elakkan penurunan berat badan yg cepat - apabila berat badan anda berkurangan dgn cepat, kebiasaanya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik sekaligus melambatkan badan membakar kalori..



2. Gantikan makanan bukan elakkan terus - cuba gantikan fav makanan anda yg tinggi lemak, gula atau garam dgn yg kurang lemak, gula atau garam. Sbg contoh, gantikan Coke biasa dgn Diet Coke yg kurang gula, susu lemak tinggi dgn susu kurg lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan utk mkn fav makanan anda secara drastik w/pun pengambilan kalori tlh berkurangan.


3. Minum banyak air - banyakkan minum air putih dan soya utk menggantikan air bergas. Air bergas blh menambahkn kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.


4. Banyakkan pergerakan - banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yg berlebihan. Banyak cara utk anda bersenam termasuklah dgn jogging, pergi ke gym dan sbginya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dlm kehidupan harian anda dgn berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dgn menaiki tangga, berjln ke kedai makan @ membuat sit-up sambil menonton tv.


Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 mnt 3-5 x seminggu. Mungkin agak sukr utk anda memulakan senaman sehingga 45 mnt sehari. Apa kata mulakan dgn 10 mnt, 3x sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yg paling penting, disiplinkan diri utk melakukannya setiap hari. Bg para ibu, jgn jadikan sibuk sbg alasan anda, ttp cuba cari masa w/pun sebelum tidur utk melakukan aktiviti fizikal.


5. Mulakan sedikit demi sedikit - mulakan program penurunan berat badan anda dgn perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dgn makanan yg berkhasiat. Gantikan minuman manis dgn air putih. Perubahan kecil kebiasaanya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yg drastik



6. Jgn terlebih makan - pernah dengan sunnah Rasulullah S.A.W. yg mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihatperubahannya. Makan sedikit ttp kerap.


7. Jgn sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya - anda berazam utk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jgn buat begitu krn badan anda masih memerlukan lemak ttp dlm sukatan yg betul dan bukannya berlebihan. Cub seimbangkan makanan anda dgn sesuatu yg berkhasiat.


8. Kesan jangka masa panjang - diet singkat dan rutin senaman yg tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Randang program penurunan berat badan secara realistik yg mampu and turuti dan bukannya secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yg anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian utk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat2 tahi ayam!


9. Fokus pada sihat dan bukannya kurus - kebanyakan individu yg berjaya mengurangkan berat badan dlm jangka masa panjang akan mengubah objektifnya drpd ingin menjadi kurus kpd ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dgn memilih makanan yg boleh memberikan nutrien dan khasiat yg optima kpd badan anda. Utk panduan, rujuk piramid makanan!


10. Atasi tekanan emosi - emosi yg bercelaru dan tidak sabil boleh menyebabkan anda teruja utk makan. Cari cara lain utk mengatasinya dgn meluahkan masalah kpd org yg rapat dgn anda @ kaunselor. Lakukan juga aktiviti yg boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.


11. Motivasi - sokongan dan motivasi merupakan salah satu drpd kunci utama dlm proses utk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan drpd org tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yg betul dan penuh semangat!Insyallah...










Comments