sememangnye kite semakin alpa


salam...info nie utk diri ak n korg2 semua la...sgt bergune...n very interesting...
same2 la kite manfaatkannye...

Seksaan Bagi Orang Yang Tak Mahu Solat

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa meninggalkan solat dengan
sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata.”

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib
menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi
tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram
menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti
sabda Rasulullah SAW: “Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang
difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab”

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya,
tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada
hari kiamat.

Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?”

Jawab Baginda:

i) Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupa mewah,
kemewahan itu hanya istidraj belaka).

ii) Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya,
tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).

iii) Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.

iv) Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya
munafik, malah dia termasuk golongan munafik).

v) Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.

vii) Doanya ditolak Allah.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam.
Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa
dan syahadatnya.”

Kemudian bertanya lagi sahabat: “Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang
akan diterimanya ketika hampir ajalnya?”

Jawab Baginda:

i) Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak
ada belas kasihan.

ii) Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya
tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika
roh akan keluar.

iii) Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan
di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam
kuburnya?”

Rasulullah SAW bersabda: “Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah
kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga
hari kiamat tanpa henti.”

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan
kepadanya seekor ular besar bernama Suja’ul akra’, yang matanya daripada api
mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi
berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: “Aku
disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga
Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke
Isyak hingga Subuh.”

Lalu Suja’ul akra’ terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan
setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.

Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan
dipukul lagi hingga hari kiamat.

Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang
meninggalkan solat ketika di depan Allah?”

Jawab Baginda: “Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat
menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang
meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui
duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.

“Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan
solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke
neraka bernama Saqar.”

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan
mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh
rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud; “Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa
nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api
neraka.” (Surah Maryam, ayat 59).


p/s : Bagi yg mcm tak percaya tu (mungkin ada yg kata mcm mana la.. dll) baik
pikir banyak kali sbb ak ada dgr ustaz ckp nanti bila mati akan ada yg
mintak dihantar balik ke bumi sbb nk buat amalan tapi time tu dh terlambat…
jadi takkan kita nk termasuk dlm golongan tu kut . So marilah kita perbaiki diri kita .

Wallahualam

Comments