Banyak kelebihan Bulan Ramadhan antaranya :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walaupun satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah!, dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah!, dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebeaskan dari api neraka, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan)”.
(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)
- Hadis ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mu`min pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mu`min pada bulan ini. Syaitan-syaitan pula akan didikat apabila tiba bulan Ramadhan.
Comments
Post a Comment