Fadhilat Kelebihan Keistimewaan Ramadhan II

Banyak kelebihan Bulan Ramadhan antaranya :

2. Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardhukan puasa di dalamnya.
Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada
Allah SWT dan ianya juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan.

- Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW
telah bersabda dengan maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan sepenuh

pengharapan, akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Allah SWT akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa
melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh
Alah SWT sahaja.

- Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda

serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah SWT berfirman:
“Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya,
mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku”.
Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan iaitu kegembiraan
ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya,
bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa adalah lebih wangi
di sisi Allah SWT daripada bau Musk (kasturi)”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Comments