Fadhilat Kelebihan Keistimewaan Ramadhan III

Banyak kelebihan Bulan Ramadhan antaranya :
4. Allah SWT akan memberi ganjaran yang lebih besar bagi orang yang berpuasa ikhlas kerana-Nya di akhirat kelak.
- Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil `al-Rayyan`, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorangpun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka merekapun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorangpun selain mereka, maka apabila mereka (orang yang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorangpun”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

- Dalam riwayat an-Nasa`i dan Ibn Huzaimah pula disambung lagi:
“Sesiapa yang masuk pasti akan minum, dan sesiapa yang telah minum pasti tidak akan rasa dahaga selama-lamanya”.





Comments