Hari Belia Negara 2010

sedikit info tentang Hari Belia kat Putrajaya nie...so u ols nak p ...dipersilakan....sepanjang Presint 2-4 klu x silap aku....

Hari Belia Negara 2010

Sempena Hari Belia Negara 2010 pada 14, 15 dan 16 Mei ini, akan diadakan pelbagai aktiviti menarik yang akan dilaksanakan oleh belia untuk generasi belia itu sendiri. Di antaranya ialah penganjuran Youth Town yang melibatkan sepenuhnya penyertaan dari kalangan belia. Youth Town akan mengumpulkan kira-kira 50 gerai jualan yang akan diusahakan oleh usahawan-usahawan belia dari seluruh Negara.

Dianggarkan kira-kira 100,000 pengunjung akan mengunjungi Youth Town yang mempunyai pelbagai aktiviti jualan menarik yang menepati citarasa belia-belia pada masa kini. Di Youth Town terdapat pelbagai barangan jualan menarik yang akan dijual seperti pakaian lelaki dan wanita mengikut fesyen belia semasa, tudung wanita, cenderamata, barangan military, makanan serta minuman dan banyak lagi. Barangan jualan di Youth Town juga telah ditetapkan untuk dua gerai jualan hanya satu barangan yang sama boleh dijual bagi menyediakan lebih banyak lagi barangan yang berlainan menjadi pilihan setiap pengunjung.

Selain itu, di Youth Town turut disertai 15 rakan niaga dari syarikat-syarikat yang berdaftar bersama skuad Go-Mobile Rakan Muda yang mana akan memberikan harga istimewa bagi setiap barangan jualan mereka bukan sahaja kepada pengunjung-pengunjung yang berdaftar sebagai ahli Rakan Muda malah kepada yang bukan ahli. Di antara rakan niaga yang turut sama ialah Le Run Bicycle, Auto Association Malaysia (AAM), Dr, Irfan Khairy, Comic Paradise, Foto Mania dan banyak lagi.

Di Youth Town ini juga, belia akan dapat mencari peluang-peluang baru dan maklumat berkenaan perniagaan di samping dapat berkenalan dengan belia-belia lain yang turut sama hadir di Youth Town.

Comments