Wahhhh!dah 3 tahun kami mendirikan rumah tangga....18.08.2010 genaplah usia perkahwinanku yg ke3 tahun...alhamdulillah kami dapat tempuhinya dengan tabah.....anak pun nak masuk 2....syukrannnn....walaupun usia perkahwinan kami agak muda la org kate tp banyak onak dan duri kami lalui bersama....bermacam cabaran n dugaan yang x disangka dlm kehidupan alam rumahtangga ni....
Abang...Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita kali yg ke 3 tahun yer....
Moga apa yg kite tempuhi bersama dapat mematangkan diri masing2...
Semoga hubungan ini kekal ke akhir hayat hingga ke syurga....
Terima kaseh kerana sudi menerima diriku...(cewahhh)....
Thanx 4 Everything...Luv U!
Ya Allah, Ya Tuhan Kami...
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’atMu.
Maka eratkanlah ikatannya, Ya Allah.
Kekalkan kemesraan hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak pernah kunjung padam.
Lapangkanlah hati-hati ini dengan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu.
Suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat padaMu.
Matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada’ dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan seelok-elok penolong.
Ya Allah, perkenankanlah do’a kami ini. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Comments
Post a Comment