Skip to main content

Mcm mn kita marah anak kita?




5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam:
1. Memukul wajah
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.


Comments

Popular posts from this blog

Welcome Angah! New Environment

Ok Now! TB On Registration Day 2017 Standard 1 ♦ Nak kate perfect on that day...nope actually! Angah is crying ok...erm sabo jek la anak mama sorg ni... x kenal lagi kwn2 kat ctu...ade yg kenal x same lak class nya ...mau x masam die Mama try pujuk seb baek ok angah sekali cikgu disiplin pon pujuk tau! siap suh panggil die nenek lagi!huhu.... so penyayang! 

peace yo from angah!


Ok berbaris semuaaaa! nak masuk kelas kamu dah ni



 yeay! dpt beg dah! 1Malaysia!

masa ni dah ok! leh wat peace

'ok murid2....ni kantin....sebelah kiri kamu koperasi sekolah ye'....kata cikgunya...hehe

 sblm drama bermula....angah is ok!

Keep Smiling 2017

Tik Tok Tik Tok ! Detik berganti menjadi minit ⏳ Minit berlalu berganti manjadi jam ⏰

Waktu yang singkat seperti mimpi 👤

Jadikanlah tahun 2017 ini 💥 lebih indah berbanding tahun lalu

Banyak kenangan yang terukir 👈 banyak pengalaman yang dijumpai 👉

Alhamdulillah 😊

👪👬 Semoga ikatan kaseh sayang kekal selamanya 💖

Tinggalkan segala bentuk kesedihan yang telah berlalu biarkanlah ia berlalu 👎 bebaskanlah! jom kita mulakan mengharungi hidup yang baru dengan penuh semangat dan optimisme menggebu 😉

Ting!

To End Something Old, Will Start Something New 💪



...mkn2...

lunch hour td Bhgn Khidmat Pengurusan a.k.a BKP opis aku adekn jamuan... sempena sambutan hari lahir peg n kakitangan opis kitorg... yg diraikan En Alfizan TPB(U), Cik Noridah PP(U)K n Noradzlin PT(U)K1 (tp x dtg aweks nie ari ni)... menunye ade lah kit...tp kenyang gak la... k layan pic nie yg sempat aku snap... tue smua snap dr tmpat aku stand...hehe!

PBU BKP kitorng..En Boniface Anak Edwin Manung berucap
bacaan doa olh Mat (yg pakai sweater tue)

peg yg hadir

x sempat nak snap smua...(mane yg sempat k)

terclose lak muke oja nie...jgn marah yer..

view atas meja hidangan

menu utama >> mee kari

cup cakes yg d sponsor olh Cik Afizah (yg dh d kebas)

close up sweet kan...

last but not least...choc cakes (my fav)