Nuffnang

Nuff >> Klik Jgn x Klik

Argghhh!November!

tragis!sedey!kecewa!down!

nape ek i cakp camtu...
ntahlah bulan nie mmg i preasure ngan semua yg terjadi pd bulan nie
bulan november 2011...

i mls nk cite panjang2
cume i nak luahkan sikit perasaan tu
mmg bulan i down la bulan november nie
(x sepatutnye i ckp camtu)
i x taulah nape i camtu...

dahlah dengan anak i yg sulung tu x sehat (its becoz his tongsil)
selang bape hari ngan parents i lak
bukan sorang lak tu
mak n abah i tau jatuh demam x leh bangun
pastu mlm td anak i yg bongsu tu lak demam
org kate sekang ni wabak virus berjangkit

mlm td mase i call hubby kesayangan i bg tau anak i yg bongsu tu demam
hubby i ckp die lak rase nk demam tp die dh telan ar panadol
dhlah ari ni die ade game kat jln klang lama
(hai abg camne nak g game tu klu dh x larat) wat org risau jerk

i pon last week mc 2 hr
migrain i dtg kembali
yelah mane taknye dengan hubby i xde kat sni
dgn i yg x brape ok lagi nie
klu i kelam kabut wat keje asthma i pon dtg la
herm mmg dugaan bulan nie
Ya Allah Kau berikanlah kesehatan yg baik2 pd keluargaku...
Kau permudahkanlah segala urusanku..



Tukar?

Sian kwn2 i kan semua kate i dh tukar
actually tak la actually...
i sekarang dipinjamkan ke Jab Imegresen coz terlibat dengan ...


mesti ade yg x tau kan prog ni tuk ape
mai sini i nak habaq mai tujuan die naaa
Prog ini adalah satu proses menjadikan Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) pekerja sah dan memenuhi keperluan sektor-sektor

paham x...ha klau x clear lagi
i jelaskan bg clearrrr kit kat u ols k

Program Penyelesaian Menyeluruh PATI (Program 6P)


1.  Menerusi program ini, PATI akan digesa untuk tampil membuat pendaftaran di mana-mana lokasi pendaftaran yang telah ditetapkan Kerajaan, dan seterusnya menyerahkan data maklumat peribadi mereka bagi dipertimbangkan untuk proses pemutihan (ditukar status menjadi pekerja sah). Bagaimanapun, tawaran untuk tampil bagi proses pendaftaran ini hanya akan dilaksanakan dalam tempoh terhad selama dua minggu, sebelum setiap maklumat diproses serta dipertimbangkan untuk tujuan kelulusan pemutihan. Selain itu, Program 6P ini juga pada masa sama menjadi platform terakhir bagi setiap majikan di Negara ini untuk mendaftarkan pekerja asing tanpa izin mereka secara sah – sebelum program penguatkuasaan secara bersepadu dilaksanakan Kerajaan secara besar-besaran.

2.  Antara rasional Program 6P ini dilaksanakan adalah untuk tujuan mendapatkan anggaran statistik jumlah PATI yang berada di Malaysia, selain mengumpul maklumat peribadi mereka termasuklah data biometrik (cap 10 jari tangan kanan dan kiri). Menerusi program 6P ini, Kerajaan akan mengenalpasti keperluan jumlah pekerja yang diperlukan setiap sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing di Negara ini. Dengan berdasarkan data yang ada, jumlah kekosongan itu akan diisi oleh PATI yang berdaftar menerusi Program 6P ini, sekali gus membekukan pengambilan terus sumber baru pekerja asing dari luar negara bagi tempoh tersebut. Justeru, Program 6P ini secara rasionalnya bertujuan memantapkan pengurusan warga asing di negara ini, membantu mengawal kemasukan baru pekerja asing ke negara ini, membantu pengurusan aktiviti ekonomi Negara ini dan membantu mengawal perkembangan jenayah di Negara ini.

3. Program 6P ini melibatkan enam peringkat iaitu PENDAFTARAN, PEMUTIHAN,PENGAMPUNAN,  PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN.

4.  Peringkat pertama iaitu PENDAFTARAN dilaksanakan untuk tujuan mendaftarkan PATI di Malaysia, dan menerusi kaedah ini, Kerajaan berpeluang mendapatkan maklumat majikan PATI, selain rekod peribadi serta data biometrik PATI yang merupakan elemen teras bagi rasional pelaksanaan program ini. Tindakan ini selari dengan inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan pangkalan data komprehensif bagi setiap warga asing di Malaysia, sekali gus membolehkan proses pemantauan dilaksanakan secara lebih berkesan, termasuklah usaha membabitkan penyelesaian dalam menangani isu pemalsuan identiti serta dokumen yang selama ini mudah dipalsukan akibat tiada rekod biometrik.

5.  Peringkat kedua adalah PEMUTIHAN iaitu proses yang berfungsi untuk menyaring setiap PATI yang berdaftar menerusi program ini dan seterusnya mengenal pasti jika wujud keperluan untuk mengekalkan mereka dalam sektor tertentu yang mempunyai penawaran kekosongan kerja membabitkan pekerja asing. Jika hasil pertimbangan mendapati PATI yang terbabit sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut, maka mereka akan diputihkan dan seterusnya dijadikan pekerja asing yang sah dengan senarai majikan yang berdaftar. Bagaimanapun, proses pemutihan ini hanya akan dipertimbangkan untuk sektor serta negara sumber yang tersenarai dalam dasar penggajian pekerja asing dan yang pernah diberikan kebenaran khas kerajaan termasuk sub-sektor yang sedang dibekukan. Pada masa yang sama, proses pemutihan ini juga akan mengambil kira kelayakan majikan berdasarkan keperluan semasa mengikut sektor dan sub-sektor yang akan ditentukan oleh kementerian/agensi kawal selia.

6.  Seterusnya ialah peringkat ketiga iaitu PENGAMPUNAN di mana PATI yang tidak tersenarai untuk diputihkan, atau PATI yang secara sukarela memilih untuk pulang ke negara asal mereka masing-masing akan diampun dan dibenarkan pulang atas kos sendiri tanpa dikenakan sebarang bentuk tindakan. Bagaimanapun, pengampunan ini hanya terhad kepada PATI yang melakukan kesalahan imigresen sahaja.

7.  Peringkat keempat ialah PEMANTAUAN yang akan dilaksanakan sebelum operasi penguatkuasaan bersepadu terhadap PATI dilaksanakan secara besar-besaran di seluruh Negara. Inisiatif ini akan digerakkan menerusi naziran ke premis-premis majikan untuk memberi nasihat selain pada masa sama menerangkan implikasi tindakan undang-undang sekiranya didapati melindungi pekerja berstatus PATI yang tidak berdaftar dengan Program 6P. Antara lain, majikan serta PATI yang berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1 juta.

8.  Peringkat kelima iaitu PENGUATKUASAAN adalah peringkat di mana satu operasi penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan secara besar-besaran dan digerakkan dengan tujuan untuk mengesan serta menangkap PATI serta majikan yang dikenal pasti masih melakukan kesalahan imigresen.

9.  Peringkat keenam dan terakhir adalah PENGUSIRAN PATI yang telah ditangkap melalui operasi penguatkuasaan bersepadu bagi dikenakan tindakan undang-undang sebelum diusir keluar dari Negara ini. Oleh kerana kos bagi proses pengusiran ini ditanggung menggunakan peruntukan Kerajaan, maka setiap PATI yang diusir akan turut sama disenaraihitamkan daripada kebenaran untuk masuk semula ke negara ini.

10.  Peringkat pertama Program 6P iaitu Pendaftaran akan mula dilaksanakan berkuatkuasa pada 11 Julai 2011. Susulan daripada itu, Kerajaan akan melantik sejumlah syarikat dan persatuan pengurus sebagai ejen pelaksana. Pelantikan akan dibuat melalui penilaian terhadap syarikat-syarikat yang telah memohon secara rasmi kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagaimana iklan tawaran yang dipaparkan di laman sesawang KDN pada 7 hingga 10 Jun 2011. Pemilihan syarikat dan persatuan yang akan bertindak sebagai ‘Syarikat Pengurus’ ini diputuskan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai 17 wakil daripada pelbagai bahagian di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pemilihan dibuat berdasarkan syarat serta kriteria yang telah ditetapkan. Sehingga tarikh akhir iklannya dibuka kepada umum, sejumlah 1,390 permohonan diterima. Syarikat serta persatuan yang berjaya akan dimaklumkan dalam masa terdekat dan akan diberikan sijil pelantikan khas yang dilengkapi beberapa ciri keselamatan khusus untuk berfungsi sebagai bukti syarikat tersebut dilantik Kerajaan sebagai ejen sah bagi pelaksanaan 6P.




Prog ni sampai bulan 12 so i bertapak kat cni sampai Dis le jawabnye
tp ade date2 yg tertentu la
i terlibat bersama seorang lagi PT n 3 org Peg
kami bergabung di bawah satu bumbung MOA (ceh ayat!)


Welcome Angah! New Environment

Ok Now! TB On Registration Day 2017 Standard 1 ♦ Nak kate perfect on that day...nope actually! Angah is crying ok...erm sabo jek la...