Nuffnang

Nuff >> Klik Jgn x Klik

Mcm mn kita marah anak kita?




5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam:
1. Memukul wajah
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.


Ramadhan Dirindui Syawal Dirai


Skip entry bulan Ramadhan...disebabkan keadaan yang x mengizinkan CPN mengupload cite2 bulan Ramadhan so kite skip....yelah dgn anak yg masih kecik lg, sibuk dgn urusan rumah lg...hehhehe (cam bz sgt kan)....

ape pon Ramadhan tahun ni alhamdulillah diberkati olehNya ...amin
syukur dan gembira apetah lagi dgn penambahan ahli baru dlm family kami 
anugerah terindah kurniaan dariNya

tema tahun ni coklat! 
walaupon cadangnye kaler lain tp bile sampai time membeli akan berubah cadangan itu...
gtula setiap tahun klu time raya...CPN n anak2 follooowww
n tahun ni giliran CPN beraya bersama abah dan mak CPN tapi xla beraya di rumah mereka tp di rumah kami ...saje tuka angin...raya ke2 kami dah bertolak balik ke perak...camtula setiap tahun bergilir2 walaupon asal dalam satu kapal...hikhik!
kalau beraya di sni dlu sempatla mensnap gamba sebab masa ada lainla klu di kg perak kene pandai2 bajet nak snap bile2...ngee~


ku pohon maaf darimu


tokyah n opah yah with their grandchild!luv this pic


sesi menselfie kan diri utk potrait family
klu dah ade anak ini payah kit nak control...sat g sorg pandang sane...sorg majuk....sorg nangis
tambah2 anak2 kecik cenggini kannn...harp maklum 


memanjai diri berselfie ngan abe tersayang




selfie dan selfie!♥


my luvly sweetie family


kunjungan hormat 1st guess ke rumah kami 
member en suami 

klu perasan mesti tertanya2 kan ngape la abe CPN nie pakai spek hitey sokmo
sbbnyaaaa sakit mata! telah melanda dirinyaaa
bengang2 jugak tp still mensmilekan dirinya utk berselfie dan beraya...luv u!♥♥♥
setelah ditapis pic2 ni 
yg terbaik CPN rase adalah ini ↓


okey kannn!



Family Kecikku


Sharing is caring kan
ha ni la dia family kecik CPN
abah, mak, adek ♥
kami family kecik 
2 beradek je pun
sekang 3 jela cucu mak n abah
soon insha allah adek nye turn
LUV U OLS!

Chenta Hati Mama

Bersiaran lagi
Cahaya Puteriku Ixara itulah Nur Ameera Ixara chenta hati mama yg ketiga
Alhamdulillah CPN bersyukur sgt2 kerna dikurniakan seorang puteri akhirnya
Doa kami dimakbulkan...cukupla rasenye 3 anugerah yg dikurniakanNya
Semoga Xara menjadi anak yg solehah dan berguna pada masa hadapan
Abg2 Alif Haiman n Amirul Syafiq jaga adikmu okeh


 heheh...comey adek pakai headband tu


pandai pandang camera ngan abg2 dia


sengehhh!


mama vs xara


senyum sokmo

genap ari ni 13/8/2014 5 bulan dah dia
adek dah boley meniarap n angkat dada okeh


Majlis Kesyukuran Xara


Hehehe!sory ya bnyk skip ni...
ni CPN belanja semua blogger i ngan kenduri kesyukuran princess CPN ni
x jemput ramai pon...hanya kaum kerabat keluarga tersayang shj
Alhamdulillah selesai dengan lancar walaupon xara meragam mase tu..
yelah mane taknye ngan panas nye lagi...lampu spotlight lg kannn
mau x ngamuk budak tecik tu



Kehadiranmu pelengkap keluarga

Salam !Ahlan wa sahlan!Assalammualaikum wbt...
Im back CPN dah selamat dah bersalinnya ....

(gambar hiasan)

Alhamdulillahhh! Selamat mamanya n my daughter!
Nur Ameera Ixara nama diberi...
Syukur padamu Ya Allah...
Xara kehadiranmu syg pelengkap keluarga kita
Amin...Semoga puteri mama menjadi anak yg solehah ye syg...luv U!









35 week already!


Debo lak diri ni
Time nak dekat ni lebey kurang 2 minggu lg....awww!
Yelah dah 4 tahun br preggy lg now
Debo bkn ape nak adap bilik OT tu la 
dengan acessories2 nak operated tu
ermmm...since pass i dah 2x ceaser
so doc pon decide kali ni pon kene auto jugak
Redha je la ye
Moga semua nye selamat n dipermudahkan
Amin



Volcano Shabu Shabu @ Shaftbury Square Cyber


Bersiaran lg kali ni entry makan2
JJCM kita kali ni di Cyberjaya
anak buah CPN la yg suggest d ctu
@ Volcano Shabushabu...makanan die ala-ala jepun gteww!
a.k.a steamboat..(i like)
sgt selesa even budak sek nak mkn2 pon ok la...
takdelah mahal sgt
nnt u ols try la ke sana...;) 













Monsters Dinosours @ Marina Putrajaya


Hurmm...etry ni agak dh basi la jugak
lupe nak kongsi ngan semua
Backyard Monsters Dinosours ni dorg buat kat Marina Putrajaya
CPN pegi mlm...best kit sojuk!

Ade tiket nak masuk okehhh
Bayaran masuk pameran ni
Adult : RM10
Child (↓ 5 years) : RM6
okla price die

abg ngah masuk2 je terus nangis terus suh abah nye dukung mane taknye
dorg letak big spider kat depan pintu masuk die
mane budak yg lomah somangat tu maunye tak nangis..hahhaha
abg alif relax je kan bang...apelah abg ngah nie...

pameran ni dorg buat dalam bangunan so kualiti gamba agak kureng kit
snap pon pakai hset je
tp ape pon enjoy ye anak2! ♥










CNY Holiday

Gong Xi Fa Chai to all chinese friends..
Xing Xi Kuai Lek (muahaha hantam saja lah) janji bunyi sama

Cuti CNY baru2 nie CPN sefamily x balik kg pon...
cume bwk my little kiddos tu mandi2 kat PD
ntah la dr Jan 2014 lg niat nak bwk dorg coz dorg pon dah besau panjang
dlu kecik lagi...dah besau ni leh le lepas kan kat pantai tu (tp diawasi abah dorg la)
memandangkn nak lik kg nak hadap jem kat atas highway lg ...
dok berjam2 dlm keto (uishhh mak tak sanggup nok)
n satu lagi sbb dan x larat dah yelah dah almost 8month (cepat kan mase)
so decide dok la sini je n jenjalan area cni2 je

pegi PD pon ajak sepupu buat peneman CPN nnt
yelah anak2 g mandi ...mama tinggal sorg jek borink..so seb baek ade sepupu tu
sian gak mandi2 mase tu dok matahari tgh merambang...hehehe
xpelah jantan2 belako kan...sekali sekala









Hai assalammualai'kum w.b.t.

CPN almost 31 weeks today...wah!how time flies~

ok sini CPN nak sharing sikit la bg mommy2 yg preggy kat luar tue... sharing is caring isn't? ☺


KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM 

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Ok mommies the truth is, I love being a mom. May Allah granted my do'a. Amin ♥


Moh kita aja depa solat


As salam....CPN nak share sedikit info tentang nak teach anak2 kita solat...
sgt berguna moga kita semua dapat mempraktikkannya okey!

Sharing is Caring ♥

Tips mengajar anak solat

Usaha mengajar anak-anak solat merupakan satu usaha yang berpanjangan dan memerlukan komitmen yang tinggi dari ibu bapa. Ibu bapa perlulah sentiasa bersabar dan terus bersungguh-sungguh sehingga solat menjadi darah daging anak-anak. Usaha ini mestilah dimulakan sejak anak-anak masih kecil bak kata pepatah, lenturlah buluh dari rebungnya. 

Anggaplah solat ini satu perkara yang tidak kurang pentingnya berbanding pencapaian-pencapaian lain di dalam hidup anak-anak. Kita mengimpikan anak-anak yang soleh yang bakal mendoakan kita setelah kita meninggal dunia nanti. Jika mereka tidak solat, bilakah masanya mereka akan mendoakan kita.

Di sini dikongsikan tips-tips mengajar anak-anak solat, moga bermanfaat!


Berdoa

Sesungguhnya doa itu senjata orang-orang mukmin, maka untuk mendapat anak yang sentiasa melaksanakan solat , jadikanlah doa-doa sebagai  kebiasaan kita. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah :

 "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Bacakan doa ini sentiasa dan biarkan mereka mendengarnya, berdoalah sejak mereka belum lahir sehinggalah mereka sudah dewasa. Moga-moga mereka akan terus istiqamah dengan solat sehinggalah ke akhir hayat mereka.

Membiasakan anak-anak dengan solat


Umur 0-2 tahun
  • Ketika anak masih kecil, letakkan anak berhampiran dengan tempat kita solat supaya dia melihatkan kita solat sejak kecil 
  • Katakan kepadanya : “Sekejap ya sayang, ibu/ayah nak solat sebentar”


umur 2-4 tahun
  • Selalu mengajak mereka untuk solat bersama : “Sekarang dah masuk waktu maghrib, Jom kita solat!” Ajak saja, dia mahu mengikut atau tidak itu perkara kedua, yang penting biar mereka terbiasa dengan ajakan kita. 
  • Sediakan tudung kecil untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya “Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat.” Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung/kopiah/songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat
  • Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mngikut kita solat. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun. Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : “Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!”
  • Jika anak-anak memanjat kita semasa kita solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun. Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut. 
  • Jangan sesekali berkata kepada anak : “Pergi main jauh-jauh, ibu/ayah nak solat.” Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.


Mengajar anak solat

Umur 5-6 tahun

·      Ajarkan mereka bacaan dan pergerakan solat yang betul. Jika ibu bapa tidak mampu, hantarlah mereka ke Tadika/tempat pengajian yang mengajar anak-anak solat. Solat secara praktikal di sekolah sangat membantu anak-anak belajar solat dengan lebih bersemangat dan gembira.

·      Sesekali ajaklah mereka ke masjid  atau surau untuk solat berjemaah, namun ingatkan mereka selalu untuk menjaga adab-adab di rumah Allah.

·      Terangkan kepada mereka tentang kefardhuan dan kepentingan  solat bagi setiap orang Islam supaya dia solat bukan hanya ikut-ikutan tetapi kerana kefahaman yang betul.

·      Ceritakan juga kelebihan dan ganjaran bagi orang-orang yang solat.

·      Boleh galakkan mereka solat dengan menonton video-video yang bersesuaian.

·     Sediakan carta solat, dan berikan mereka sticker setiap kali mereka berjaya melaksanakan solat. Sentiasa galakkan mereka untuk solat pada setiap waktu. 


Contoh carta solat yang boleh dibuat untuk anak-anak, stiker-stiker comel diberikan setiap kali anak-anak berjaya solat

Kad ucapan tahniah yang pernah saya berikan kepada anak kerana bangun solat subuh di pagi yang dingin.

·         Sekali sekala, kejutlah mereka untuk solat subuh, walaupun mungkin mereka akan sujud dan terus tertidur, tidak mengapa, bukankah ini hanya masa untuk mendidik mereka. 

·         Jika mereka tidak mampu solat subuh pada waktunya, suruhlah mereka solat sebaik sahaja bangun tidur, tidak kisahlah jam berapa, yang penting solat.

·         Bagi ibubapa yang bekerja, biasakan bertanya anak : “Adik dah solat?” selain dari pertanyaan kita berkenaan dengan makan, kerja sekolah dan sebagainya sebaik sahaja kita pulang ke rumah. Biar mereka biasa dengan soalan itu dan mereka dapat merasakan betapa pentingnya solat dalam diari kehidupan seorang muslim.

·         Jika ibubapa menelefon anak, selain bertanya khabar, tanyakan juga tentang solat mereka.

Bersama memupuk istiqamah

Umur 7-10 tahun
  • Sebaik sahaja anak menginjak usia tujuh tahun, katakan kepadanya : "Bermula tahun ini, adik sudah tujuh tahun, jadi adik mestilah solat lima kali sehari. Tidak boleh tinggalkan solat lagi, tujuh tahun hingga sembilan tahun merupakan tahun latihan solat untuk adik. Jika adik meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun nanti, ayah dah boleh rotan adik. Jadi adik kena berlatih bersungguh-sungguh ok?"
  • Pastikan anak-anak solat 5 waktu sehari semalam walau apa jua masalah yang melanda. Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat.
  • Nyatakan kepada mereka tentang realiti masyarakat sekarang yang meringan-ringankan solat, tetapi kita tak mahu jadi seperti mereka. Ceritakan tentang kisah-kisah para sahabat dan orang-orang yang hebat kerana menjaga solat mereka.
  • Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat
  • Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!
  • Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!
  • Mantapkan solat anak-anak dengan mengajar hukum-hukum berkaitan dengan solat seperti rukun-rukun solat, syarat sah solat dan sebagainya, termasuk juga hukum bersuci

Solat tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama. Sama-sama kita mendidik anak-anak dengan panduan yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak.



Boy or Gegel?


Almost 28 weeks!wah cepat nye mase kan...tup2 2014 dah...takut pon ade eppy pon ade
Untill now dah 2x scan...gov n private
n Doc bg tau bende yg sama...tp x nak mengharap sgt
berdoa je lah kepadaNya agar mama ni dapat geng :)


nak share kit tanda2 hamil jantina bayi...
ehsan , c &p dr blog http://izninakatsu.blogspot.com/ 
sgt menarik info mommy tomei ni

TANDA HAMIL BAYI LELAKI:
• anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
• degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
• anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
• perut anda kelihatan bulat sempurna
• bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
• bentuk perut condong ke arah bawah
• sukakan makanan yang masam dan masin
• suka makan daging dan keju
• tapak kaki selalu berasa sejuk
• tangan selalu kekeringan
• suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
• bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
• anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
• hidung tampak lebih mekar
• selalu sakit kepala
  
TANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN:
• mengalami morning sickness di awal kehamilan
• merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
• payudara kiri lebih besar berbanding kanan
• rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
• bentuk perut condong ke arah atas
• perut tampak agak lonjong
• mengidam makanan yang manis
• sukakan buah-buahan
• suka minum air atau jus yang bersifat masam
• anda lebih cerewet semasa hamil
• mudah moody berbanding sebelumnya
• kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
• tidak suka makan roti bersama kulitnya
• payudara kelihatan mengembang
• suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur

Result : more ke gegel...tp wait n see laaaahhh ;)


 

Welcome Angah! New Environment

Ok Now! TB On Registration Day 2017 Standard 1 ♦ Nak kate perfect on that day...nope actually! Angah is crying ok...erm sabo jek la...