Nuffnang

Nuff >> Klik Jgn x Klik

Pemeriksaan Bulanan Di Klinik - Info

Pemeriksaan Bulanan Ibu Hamil

Pemeriksaan bulanan ini penting bagi memastikan status ibu dan bayi dalam keadaan yang baik. Namun pemeriksaan bagi ibu hamil yang mengalami masalah seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain yang memerlukan lebih pemerhatian mungkin memerlukan kekerapan yang lebih tinggi untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Namun bagi pemeriksaan biasa adalah seperti berikut:


Jadual Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:

Air kencing
Tekanan darah
Berat badan
Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)
Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:

Air kencing
Tekanan darah
Berat badan
Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali

Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.


Mama Nieda Almost 5 Months



yes its true almost 5 mnths dah....alah tue teruk kit la dr alif dulu...tp takler seteruk sampai masuk spital beb...alhamdulillah la kan...cume kali ni manje kit alah nye tue...sila saba bebanyak ye yunk....biaseler org ngandung ni ade yg same perangainye yg sebelom tue...ade yg x (like me now)...dulu klu mase alif, klu dh 5 bln nie kaki bengkak tak hingat, muke sembap....la nie kaki ckit je la bengkak nye n muke xdeler sembap sgt...dr segi mkn mase alif dr awal ngandung sampai bersalin lalunye mkn semuanye i bedalz....skang mase awal ngandung x lalu beb...terkezut gak wa.....tp disebabkan bnyk info yg aku bace ...aku x heran sgt....skang nie br la lalu kit mkn...tp paling aku x tahan klu kepala nie dah pusing2...perghhh! rase nk tito je time tue....klu pasal perkembangan si alif nie lak sekang ni bukan main lagi die ...noughty u olsss!but noughty budak kecik la kan...nak dpt adek ler katekan...nauzubillah...mcm2...memerap die tak yah cite la kan....alif nie nmpk cam friendly mama tngk mane taknye klu g klinik ke mane2 jer...jumpe yg sebaye ke atas kit ker ngan die mesti die tego tanpa segan silu...tego2 ajak lawan......'awan...'awan..eyaahhh eyahhh!'....klu org bg ape2 pandai ckp...'maceh...'sungguh berbudi bahase u ols!...heheh...anak sapa la nie....k nnt i cont lik k....


The Best Way To Eat Fruits


CARA YANG SALAH
Kebanyakan daripada kita makan buah sebagai pemanis mulut atau ‘dessert’ selepas makan menu utama seperti nasi atau roti. Tekstur buah yang lembut menjadikannya senang dihadamkan berbanding nasi, daging, roti dan makanan lain yang biasa dijadikan hidangan utama. Buah terhadam akan tersekat dan akan terfermentasi sementara menunggu makanan berat dihadamkan. Fermentasi ialah proses pemecahan molekul berat karbohidrat kepada molekul ringkas oleh bakteria. Proses fermentasi akan menghasilkan asid dan gas dalam perut. Apabila buah terfermentasi bercampur dengan keseluruhan makanan dan jus-jus pencernaan, keseluruhan makanan akan rosak. Gas pula akan menyebabkan kembung perut.

CARA YANG BETUL
Makan buah apabila perut kosong atau sebelum mengambil hidangan utama. Cara ini sebenarnya adalah amalan RASULULLAH S.A.W. Apabila anda mengamalkan pemakanan buah yang betul, sistem penghadaman anda akan dinyahtoksin seterusnya memberikan bekalan tenaga yang mencukupi untuk proses penurunan berat badan dan aktiviti yang lain.
Sebaik-baiknya anda makanlah keseluruhan buah kerana ia akan membantu proses penghadaman, mengelakkan sembelit dan menyumbangkan vitamin dan mineral kepada badan anda. Buat jus buah sendiri kerana jus di pasaran sudah diproses dengan haba dan bahan kimia. Haba mungkin merosakkan nutrien dalam buah dan bahan kimia mungkin akan memudaratkan kesihatan anda.

6 Tips Mengurangkan Tekanan


Tahukah anda stres atau tekanan boleh menyebabkan kenaikan berat badan? Apabila anda mengalami tekanan, badan anda akan menghasilkan hormon kortisol yang lazimnya akan meningkatkan keinginan anda menjamah makanan tinggi gula dan lemak. Jangan risau! Anda boleh mengelakkan penghasilan hormon kortisol dengan mengatasi stress yang dialami dengan 6 tips berkesan.

1. Teknik pernafasan - Senaman yang melibatkan pernafasan seperti tai chi dan yoga boleh membangkitkan rasa tenang dan mengurangkan hormon stres. Bagi anda yang tiada masa untuk mengamalkan senaman, cuba luangkan 5 minit saja sehari untuk tarik nafas dalam-dalam perlahan-lahan dan lepaskan semula nafas perlahan-lahan. Insya Allah, anda akan berasa tenang.

2. Senaman – Bagi sesetengah orang, perkataan senaman merupakan sesuatu yang formal dan memenatkan sehingga menyebabkan kita menghindarinya. Sebaliknya, cuba fikirkan senaman sebagai aktiviti fizikal atau pergerakan yang menyeronokkan seperti bermain bersukan dan berkebun. Libatkan anak-anak dan suami supaya aktiviti fizikal anda lebih bermakna di samping menggalakkan ahli keluarga bersenam. Luangkan 15-30 minit sehari sahaja sudah mencukupi untuk membakar kalori anda, bahkan juga membantu anda melawan segala hormon stres yang tidak diingini.

3. Makan ikut masa – Bagi masyarakat kita, makan 3 kali sehari sudah mencukupi. Sebaliknya, pertimbangkan 5-6 kali hidangan kecil yang lengkap dengan protein dan karbohidrat supaya gula dalam darah stabil dan pengeluaran hormon stres dapat dielakkan. Anda akan mendapati tahap tenaga paling tinggi apabila anda mangambil makanan setiap 2-3 jam. Tapi INGAT! Ambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan kurang lemak dan gula dalam kuantiti yang berpatutan. Bak kata sunnah nabi, berhenti sebelum kenyang. Nescaya stres berkurangan, badan sihat dan pahala pun dapat kerana mengikuti sunnah nabi.

4. Tidur yang mencukupi – Kajian perubatan telah menunjukkan bahawa tahap hormon kortisol meningkat apabila individu kurang tidur. Hormon kortisol yang tinggi menyebabkan keinginan terhadap makanan tinggi gula dan lemak juga meningkat di siang hari. Keadaan ini akan menyebabkan individu berkenaan mengalami stres dan juga risiko yang tinggi untuk peningkatan berat badan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Jangka waktu tidur yang mencukupi berbeza bagi setiap individu. Anda tahu anda cukup tidur apabila anda bertenaga dan bersemangat sepanjang hari. HATI-HATI! Jangan terlebih tidur! Terlebih tidur akan membuatkan anda berasa lesu dan lemah.

5. Elakkan kafein, rokok dan alkohol – Pastikan anda tidak merokok serta mengambil kafein dan alcohol. Berdasarkan American Institute of Stress (AIS), ketiga-tiga faktor ini akan meningkatkan tahap kortisol, sekaligus menyebabkan stres dan kelaparan serta menurunkan paras gula dalam darah.

6. Ambil vitamin dan mineral – Banyak kajian yang telah membuktikan stres boleh menyebabkan penurunan vitamin dan mineral yang penting dalam badan. Sebanyak 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari disyorkan untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh anda. Bagi saya, pengambilan suplemen atau multivitamin lebih mudah kerana untuk memenuhi 9 kali hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran akan menyebabkan saya mengalami tekanan juga! Dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan supaya anda mengambil suplemen yang bersesuaian dengan keperluan badan anda.

Dengan mencuba tips di atas, anda akan berasa lebih tenang dan sihat!


* ha ...amacam ngan info nie..bergune kan... sgt2 la bergune....so pd yg preasure aku suggest read this info...



Hari Belia Negara 2010

sedikit info tentang Hari Belia kat Putrajaya nie...so u ols nak p ...dipersilakan....sepanjang Presint 2-4 klu x silap aku....

Hari Belia Negara 2010

Sempena Hari Belia Negara 2010 pada 14, 15 dan 16 Mei ini, akan diadakan pelbagai aktiviti menarik yang akan dilaksanakan oleh belia untuk generasi belia itu sendiri. Di antaranya ialah penganjuran Youth Town yang melibatkan sepenuhnya penyertaan dari kalangan belia. Youth Town akan mengumpulkan kira-kira 50 gerai jualan yang akan diusahakan oleh usahawan-usahawan belia dari seluruh Negara.

Dianggarkan kira-kira 100,000 pengunjung akan mengunjungi Youth Town yang mempunyai pelbagai aktiviti jualan menarik yang menepati citarasa belia-belia pada masa kini. Di Youth Town terdapat pelbagai barangan jualan menarik yang akan dijual seperti pakaian lelaki dan wanita mengikut fesyen belia semasa, tudung wanita, cenderamata, barangan military, makanan serta minuman dan banyak lagi. Barangan jualan di Youth Town juga telah ditetapkan untuk dua gerai jualan hanya satu barangan yang sama boleh dijual bagi menyediakan lebih banyak lagi barangan yang berlainan menjadi pilihan setiap pengunjung.

Selain itu, di Youth Town turut disertai 15 rakan niaga dari syarikat-syarikat yang berdaftar bersama skuad Go-Mobile Rakan Muda yang mana akan memberikan harga istimewa bagi setiap barangan jualan mereka bukan sahaja kepada pengunjung-pengunjung yang berdaftar sebagai ahli Rakan Muda malah kepada yang bukan ahli. Di antara rakan niaga yang turut sama ialah Le Run Bicycle, Auto Association Malaysia (AAM), Dr, Irfan Khairy, Comic Paradise, Foto Mania dan banyak lagi.

Di Youth Town ini juga, belia akan dapat mencari peluang-peluang baru dan maklumat berkenaan perniagaan di samping dapat berkenalan dengan belia-belia lain yang turut sama hadir di Youth Town.

Santap at KRR Alamanda

uuu kat ner tue....gini citernye...peristiwa nie berlaku dlm last weeks or 2 weeks la kunun2 nak mkn biase2 jer mase lunch....memandangkan hajat mommy2 preggy x tertunai lagie...Ida pon suggest kitorang g alamanda tros...iaitu Kenny Rogers Roasters...gilooorrrr!last minute tue...tp xpe x terbabas sgt...ops!hehehee....agak expensive pon...bedal sajork menunye.....lagiepon lame dah x mkn kenny rogers nie...last mkn mase stay kat KL dulu....mase tu masih study lagie...punyeler lame kan....bertahun ku x ketemunye...at last ade gak dorang opened kat Alamanda nie....[to abah nnt kite p k...mmuuuaaahh!]yum yum!see la the pic....


nak amik pic semua yg nmpk mommy2 preggy jer...alahai jgn marah ida n lieza...



taraaa!nieler menuku....uhu!

cerie sungguh ler mommy niee!

awat fieza senyum terpakse jerk...ahaks!

ida n lieza yg span santun... santun kewwww!








Eppy Mother's Day

Mak...thanx for everything that u're giving to me...banyak pengorbanan yang telah
kau lakukan buatku...kau 1 dalam sejuta....terima kasih MAK...especially to my mom
PN ROKIAH BT TAHARIM... n x lupe juge pd my MIL PN HALIMAH BT HAMID...
thanx mak coz sudi terima As n Family As dlm family mak...thanx a lot....
Selamat Hari Ibu to both of u....

Siapalah daku tanpa dirimu
Kata-katamu bak mutiara
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di tepi pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan ku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Ungkapan terima kasih hormat dan cinta kasihku
Buat seorang wanita yang telah memberi cintanya
Membesarkan dan mengajarkan erti kehidupan
Yang membawaku ke titik perjalanan kehidupanku hari ini

Terima kasih MAK...


yummy!Brownies Choc Walnut special for u Mak...
Ibu...ibu engkaulah ratu hatiku...bila ku berduka engkau hiburkan selalu...

smile yg over...hehe!


Banjir at Balakong

gempak jer bunyi kan ...mmg gempak pon...ni nak cite kite pasai umah parents aku kat balakong nie...aku pon pelik la gak camne leh banjir 1st time aku alami nye tue...menurut cite penduduk kek ctu yg dh lame berpenghuni kek ctu ...umah bwh mmg banjir klu ujan lebat selebat2nye n dorang kate menurut kajian yg dilakukan (cewah cam ahli sains lak!!) keadaan cam tu disebabkan tanah kat ctu x berape rata n berbukit...aku pon x baper sure maksudnye camne tue...no wonder ler klu ujan lebat dorang yg dok kat bwh esp. my parents pon worried jer...rupenye situation tue...ye lah kan payah klu banjir2 nie...keje nak cuci lantai yg dah kotor lagie...keje nak ngomeh lagie....uishhh! lotih tau! camne ler dorang yg buat rumah kek ctu...x kaji keee! geram gaks aku...umah makcik aku pon x terkecuali dr situation camni tau...harap2 dpt perhatian dr pihak berkenaan...(ni kene report kat aduan rakyat nie...!!!!karam singhh waliaaaaa...! i need u) tp makcik aku kate ketua penduduk kek ctu dah wat aduan...so kene tunggu je lah...hope dorang segerakan la...n padanla parents aku cam risau jer nak tinggalkan umah tue...takpe abah mak, akak akan perjuangkan!cewaaahhh!!! kite doakan agar situasi camnie disettlekan segera esp penduduk Taman Harmoni...


upsss!agak seksi kaki abah ku itu...hehehe!


di luar yg ujan lebat gilerssss!

pic atas nie semua nye berlaku semasa ujan lebat



ha ni laks after ujan tue...seee u ols seeee....punyeler kotorrrr lantai tue...
nie kire okla kit dr taman yg kat depan kami ...dorang nye umah banjir lumpur tau...
abis semua perkakas umah...sian dorg...terok tau nak cuci lik....
tp kesabaran itu penting...perghhh!


Welcome Angah! New Environment

Ok Now! TB On Registration Day 2017 Standard 1 ♦ Nak kate perfect on that day...nope actually! Angah is crying ok...erm sabo jek la...